Program Cuti Sekolah Disember (5)

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

15 Disember 2018 – Minggu terakhir bagi Program Cuti Sekolah Disember (5) di PI Linggi. Seramai 4 orang peserta sahaja yang hadir berumur antara 6 hingga 9 tahun. Kelas bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Untuk pelajaran hari ini, kami telah mengadakan aktiviti mewarna lukisan gambar. Seterusnya, peserta diajar tentang aplikasi-aplikasi yang terdapat di Google Play yang sesuai untuk belajar dan melatih kreativiti pelajar.

Antaranya seperti yang ditunjukkan di dalam kelas ini, di mana Puan Yusaini mengajar peserta untuk memuat turun aplikasi ARMagicCardBook. Melalui aplikasi ini, peserta boleh memuatnaik gambar lukisan yang telah mereka warnakan tadi ke dalam aplikasi ARMagicCardBook tersebut dan ianya akan bertukar menjadi gambar 4D yang menarik.

Puan Yusaini turut menasihatkan pelajar untuk memuat turun aplikasi yang berfaedah dan sesuai untuk pelajaran dan bukan hanya bermain aplikasi permainan sahaja di android.

Bagi pelajaran yang seterusnya, peserta diajak bermain permainan Interland - Be Internet Awesome. Sambil bermain permainan ini, peserta turut diberikan informasi-informasi tatacara melayari internet dengan bijak.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali